Dah lama aku nak tulis tentang solid food Ipal. Baru sekarang berkesempatan. Ipal dah pun berusia 10 bulan skarang. Dia dah diperkenalkan dengan macam2 rasa makanan. Aku rasa dia suka semua benda yang aku bagi cuma dia tak suka avocado. Aku masak sendiri makanan Ipal setiap hari. Walaupun sibuk tapi adalah lebih baik memberi anak aku makan dengan air tangan aku sendiri. Masakan ibu terjamin NO SALT , NO SUGAR and NO PRESERVATIVE. Aku tak berminat nak bagi Ipal nestum atau cerelac dan aku tak penah ambil tau pun tentang kedua2 produk tersebut. Tentang ibu2 lain yang mungkin tak mahu bersusah payah masak setiap pagi dan mahu senang dengan cuma tambahkan air panas je kat dalam nestum atau cerelac tu, terpulanglah.
Aku memang tak ada pengalaman mengendalikan bayi. Aku tak penah tukar pampers baby mahupun suapkan baby makan seumur hidup aku sebelum ni. Tapi sejak ada Ipal aku belajar semuanya sendiri start from zero. Untuk solid food ni aku kena buat persediaan awal2. Aku tak nak lakukan kesilapan lagi macam masa aku breastfeed Ipal dulu sehingga Ipal tak dapat khasiat susu ibu sepenuhnya.Kesian Ipal..
Aku terjumpa satu blog. The writer tu juga seorang ibu yang bekerja seperti aku. Selepas baca blog tu aku ambil keputusan untuk buat frozen puree untuk Ipal. Frozen puree yang dibuat oleh mak adalah lebih baik dari makanan segera bayi dan kanak2 yang dijual dipasaran. Lagipun aku tak ada pengalaman. Takut kelam kabut pulak waktu pagi masa nak pegi kerja. Brown rice Ipal jugak aku dah blender halus untuk stock sebulan supaya pagi2 aku tak payah bising2 memblender bubur Ipal. Ada juga ibu2 yang beli je serbuk beras perang yang ada jual kat pasaran tapi aku lebih suka buat sendiri. Tak susah pun macam ni caranya aku buat brown rice blender tu :-
- Basuh beras bersih2 anggaran untuk stock sebulan lebih kurang 1kg
- Tos kan air sekering yang boleh
- Kemudian beras tu di sangai atau goreng tanpa minyak kat dalam kuali sampai air kering dan berwarna sedikit kekuningan
- Sejukkan dulu beras baru diblender ikut tekstur yang kita nak
- Bila beras betul2 sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara untuk disimpan. Kalau tak betul2 sejuk nanti berwap kat dalam bekas tu, beras akan cepat rosak
- Kalau boleh simpan la dalam peti sejuk, beras akan lebih tahan lama
First solid food Ipal ialah bubur nasi kosong sahaja. Aku follow 4 days rules. Iaitu Ipal akan diberi makan makanan yang sama selama 4 hari berturut-turut untuk pastikan ada atau tak reaksi allergic pada sesetengah makanan. (rujuk jadual kat bawah). Lagipun Ipal ada
eczema jadi aku perlu lebih berhati-hati pilih makanan dia.
|
Contoh jadual makan baby follow 4 days rules |
Walaupun allergic makanan tak membatasi usia tapi ia biasanya berlaku bermula dari tahun pertama hidup seseorang. Kebanyakan kanak2 akan bebas dari allergic apabila mereka mencapai umur persekolahan tapi ramai juga yang terus mengalaminya sehingga dewasa. Risiko paling tinggi adalah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunya allergic. (Aku dan ayah Ipal memang ada allergic). Tanda2 allergic makanan adalah seperti gatal, eczema, dematitis, loya, muntah, cirit-birit, lelah, asma dan bronkitis. Sebenarnya kebanyakan reaksi adalah ringan tapi sesetengah individu mungkin mengalami reaksi teruk yang boleh membawa maut. Walaupun jarang berlaku tapi berhati-hatilah semasa memilih makanan anak.
Selepas Ipal makan bubur nasi kosong selama 4 hari. Aku tengok Ipal ok je. Selera je dia makan. Bubur nasi yang aku masak terhangus sikit pun Ipal makan sampai habis gak sebab baby tak pandai bezakan makanan tu sedap, manis atau masin selagi kita tak perkenalkan rasa tu kat dorang. tapi ramai gak aku dengar ibu2 yang merungut baby tak nak makan bubur macam sorang kakak jiran kat rumah mak mertua aku yang selalu merungut anak ketiga dia yang umur 7 bulan tak nak makan bubur nasi. Dia nak makan nestum je tu pun dari botol susu. Kalau suap tak nak.
"Tapi hari tu akak pegi KFC bagi dia makan mashed potato KFC tu licin dia makan".
Akak tu begitu gembira sebab baby dia makan mashed potato sampai licin. (kalau aku nangis weh). Mashed potato tu sedap. Ada garam, gula, penambah perasa dan tak tau apa ingredients lagi kat dalam. Semua cukup rasa la kiranya. Kalau awal2 lagi dah bagi baby makanan yang manis dan sedap kot tu mana la baby nak makan bubur nasi yang tawar lagi. Ni dari apa yang akak tu cerita kat aku la. Start umur 2 bulan dia dah bagi baby dia nestum dalam botol susu. Salah sendiri pun tak tau.
Ok back to Ipal solid food. Hari ke-5 aku mula perkenalkan Ipal bubur nasi+pumpkin puree. Orang tua2 kata jangan bagi baby makan labu atau keledek takut angin tapi alhamdulilah ipal ok. Lagipun fikirlah khasiat dalam makanan tu. Ipal juga makan nasi+pumpkin puree selama 4 hari. Selepas takda reaksi allergic barulah makanan baru akan diperkenalkan lagi. Masa Ipal umur 6 bulan Ipal makan 2 kali sehari. Lunch dan dinner. Antara makanan yang aku bagi dia adalah seperti pumpkin, keledek, carrot, potato, red apple & pear. Semuanya diperkenalkan satu persatu. Tekstur bubur nasi dan puree dia juga sangat halus.
Masa Ipal 7 bulan Ipal dah makan 3 kali sehari. Breakfast, lunch dan dinner. Aku perkenalkan dia lagi makanan baru macam oat, brocolli, cauliflower, banana dan ikan bilis. Untuk ikan bilis pun aku buat macam brown rice jugak iaitu disangai dan diblender halus so bole simpan lama. Make sure betul2 halus ye takut ada tulang ikan bilis tu nanti bahaya plak untuk baby. Kalau gi jalan atau balik kampung bubur nasi Ipal campur ikan bilis je. Breakfast Ipal makan oat+any fruit puree macam apple, pear atau banana. Lunch dan dinner pulak Ipal makan macam bubur nasi+carrot atau bubur nasi+ikan bilis+potato.
Ipal 8 bulan aku start bagi dia chicken dan fish. Agak lambat sebab aku takut allergic. Ayah Ipal ada allergic terhadap ayam. Kulit dia akan gatal2 kalau makan ayam. Alhamdulilah Ipal ok. Antara ikan yang aku penah bagi Ipal ikan salmon, tenggiri dan ikan merah. Hati2 dengan tulang ikan. Kismis, jagung dan bayam jugak diperkenalkan masa Ipal 8 bulan. Bayam mempunyai kandungan nitrat yang tinggi sebab tu aku bagi Ipal lambat sikit.
Sekarang Ipal dah 10 bulan. Gigi dia pun dah ada 6 batang. Frozen puree dah kurang sesuai untuk Ipal sebab dia dah pandai pilih rasa yang sedap atau tak. Setiap hari aku masak bubur nasi + buah dan sayuran fresh untuk Ipal. Lagipun sayur dan buah tu dah tak perlu diblender lagi sebab Ipal dah pandai mengunyah so dah senang la. Malam sebelum tido aku potong siap2 sayur dan buah tu. Aku pun dah bagi Ipal 'Baby Bite' dan buah-buahan sebagai finger food. Dia akan leka pegang dan kunyah finger food tu. So funny..~
Ni ada sedikit panduan bagi mula introduce baby solid food :-
- Makanan yang jarang menyebabkan reaksi allergic (bermula umur 6 bulan) ~ Nasi, lobak merah, pear, epal & prun
- Makanan yang biasanya sesuai tetapi kadang-kadang menyebabkan reaksi allergic (bermula umur 6 bulan) ~ Barli, oat, gandum, daging lembu, kambing, ayam, brokoli, kubis, ubi kentang, bayam, jagung dan pisang
- Makanan yang biasa menyebabkan reaksi allergic (bermula umur 9 bulan) ~ Kuning telur (perlu dimasak sepenuhnya), legum (kacang soya, kacang) & ikan
- Makanan yang sangat allergic (bermula umur 12 bulan) ~ Makanan laut (udang, ketam, kapis segar dan yang dikeringkan), puih telur dan kacang tanah
Kita ada masa seumur hidup dia untuk bagi anak makan. Dari baby sampai la dia besar insyaallah. Jadi tak perlulah tergesa-gesa atau over ecxited untuk bagi baby makan. Ni tak baby 2 bulan dah bagi nestum, 4 bulan dah suapkan dengan American chocolate cake la, kuih raya la, mashed potato KFC la sebab katanya kesian baby tengok kita makan. Baby kalau kita bagi dia remote control TV pun nampak sedap bagi dia. Normal la semua baby masukkan jari dan barang ke dalam mulut tapi tu tak bermakna dia lapa kalau kita dah cukup bagi dia susu atau makanan dia tepat pada masanya. Kenalkan makanan satu persatu. NO SALT , NO SUGAR for baby BELOW 1 YEAR OLD. Bukan selama-lamanya tak boleh.
(Next entry aku akan tulis tentang proses buat frozen puree Ipal)