Zaman frozen puree Ipal sudah hampir berakhir. Pada umur Ipal 10 bulan sekarang aku dah mula kurangkan makanan frozen untuk Ipal sebab Ipal dah besar, dah ada 6 batang gigi sudah pandai mengunyah dan yang paling penting dia dah pandai rasa makanan tu sedap atau tak. Macam kita juga kalau tak sedap tak nak makan. Aku tak nak la nanti Ipal kata "Mak masak tak sedap. Nenek masak lagi sedap".
Tapi tak penah plak Ipal cakap macam tu sebab dia blom pandai cakap lagi.hehe..! Semestinya aku mahu anak aku kata,"Masakan mak lah yang paling sedap di dunia".
Pada masa Ipal mula solid food iaitu masa dia berumur 6 bulan, frozen puree sangat practical bagi aku. Memudahkan tugas aku untuk masak makanan Ipal setiap pagi. Tak payahlah pagi2 tu nak memblender bagai. Lagipun aku mahu luangkan masa yang berkualiti untuk anak aku, teman dia main, baca buku cerita dan lain2. Aku percaya makanan air tangan ibu yang dibekukan lebih baik dari instant baby food kat pasaran. Jika korang ibu yang bekerja aku cadangkan buatlah frozen puree, kemudian bila baby dah berusia 9 atau 10 bulan slow2 tukar kepada yang fresh tapi terpulang ikutlah cara masing2. Dengan bantuan slow cooker aku hanya perlu masukkan kiub2 frozen puree ke dalam bubur, biarkan ia cair dan bubur pun siap. Tapi kalau korang berkemampuan boleh la beli AVENT Steamer & Blender. Normal price RM399.00. Sangat2 membantu untuk buat puree baby sebab boleh stim dan blender sekaligus so bole la buat fresh puree setiap hari, tak payah buat frozen lagi. Tapi aku tak mampu nk beli ni.hmm..
AVENT Steamer & Blender |
Cara aku buat frozen puree Ipal.
(dengan teknologi dihujung jari, actually aku belajar buat puree Ipal dari laman YouTube. Senang ada video)- Kupas kulit buah-buahan kemudian basuh bersih2
- Stim atau rebus buah-buahan tersebut. Stim lebih baik. Gunakan jumlah air yang minimum
- Apabila dah cukup lembut, blender sehingga teksturnya betul-betul halus bagi bayi yang baru berusia 6 bulan, kemudian beralih kepada tekstur yang lebih kasar apabila baby semakin besar
- Masukkan puree ke dalam bekas cube yang bertutup macam bekas cube ice aku ni supaya bakteria tak dapat masuk semasa proses pembekuan. Cube ni aku kirim kawan aku beli kat Giant. RM2.99 je dapat 2 pcs.
- Bekukan dalam peti ais bahagian beku
- Bila dah beku boleh la transfer kiub2 puree tu ke dalam tupperware
- Kemudian buatkan label yang bertulis nama puree dan tarikh korang buat puree tu. Contoh : Apple / 05.10.2011. Frozen puree lebih baik digunakan dalam tempoh 1 bulan je paling lewat ok
Makanan atau puree yang belum dibekukan hanya boleh berada di dalam peti sejuk bahagian bawah (fridge) selama 48 jam je ye dan kalau korang nak sejukkan dulu makanan atau puree tersebut, pastikan tidak melebihi 2 jam di dalam suhu bilik sebab dikhuatiri pembiakan bakteria. Pastikan juga makanan tersebut bertutup.
x nak letgo ke avent tu?
ReplyDelete