Apakah ekzema?
Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik. Ekzema boleh terjadi pada semua peringkat usia tetapi paling umum terjadi pada bayi. Biasanya ekzema akan beransur pulih apabila umur mencapai usia belasan tahun. Tetapi ada juga yang mengalaminya seumur hidup! Ia tidak boleh pulih sepenuhnya tetapi boleh dikawal. Ekzema juga dikaitkan dengan penyakit keturunan iaitu mereka yang mempunya sejarah keluarga yang menghidap asma atau demam alergi kemungkinan akan mewariskan kepada anak mereka.
Aku ada tanya doktor,
"Doktor apakah punca yang menyebabkan anak saya ekzema?"
Supaya senang untuk aku avoid benda-benda tu. Tapi doktor bagitau punca ekzema yang sebenarnya tidak dapat diketahui dengan tepat kerana setiap individu tak sama. Kemungkinan seseorang tu alah pada sabun, kosmetik, pakaian, bahan pencuci, barang kemas, persekitaran, alah terhadap sesuatu makanan, perubahan suhu atau stress.
Oh patut la aku dah tukar mandian Ipal, dah pakai cream yang doktor bagi, dah tukar susu formula dia pun masih tak baik-baik. Ekzema tu macam on off je. Kejap ok sikit, kejap teruk. Tapi yang paling aku ingat doktor cakap ekzema ni sebenarnya sangat-sangat gatal tapi sebab Ipal masih baby tak pandai garu lagi jadi dia tak garu dan ekzema tu tak merebak. Kesian Ipal. :_( Tapi doktor kata ekzema Ipal tak teruk dan masih terkawal. Alhamdulilah..
Doktor nasihat Ipal kena kerap pakai lotion emollient iaitu yang mengandungi kelembapan yang tinggi. Kulit dia mesti sentiasa lembab, tak boleh kering sebab kalau kulit kering ia akan jadi sangat gatal dan menyebabkan ekzema lebih teruk. Doktor juga bagi Ipal krim steroid yang rendah untuk baby. Sapu hanya bila kulit Ipal merah untuk tahan gatal. Tak boleh pakai selalu. Tapi skarang aku dah tak pakai krim steroid tu sebab dari apa yang aku baca terdapat kesan sampingan kalau guna steroid secara berlebihan terutama sekali untuk baby dan kanak-kanak kecil. Tapi krim steroid adalah selamat kalau digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tapi tak ada bukti yang penipisan ini akan berkekalan. So better aku elakkan lah kan.
Seorang makcik kat kampung suruh aku pakai krim Econozine. Dia bagi aku tinggal lagi setengah je krim tu dalam tiub dia. Krim ni agak bagus. Kalau kulit Ipal merah, sapu kejap je dah hilang. Tapi bila krim tu dah habis aku pegi farmasi nak beli buat pertama kali. Aku cakap nak beli untuk baby, masa tu umur Ipal lebih kurang 6 bulan. Pharmacist tu kata krim Econozine tak sesuai untuk baby bawah umur 1 tahun atau 2 tahun aku tak ingat. Maybe bahan2 dalam krim tu tak sesuai untuk baby bawah 1 tahun atau 2 tahun kot, aku tak tanya lebih lanjut. Dia kata untuk baby pakai krim ni.
Ipal pakai krim ni la. Hydrocortisone. |
Sekarang Ipal 8 bulan. Sampai sekarang pun aku tak tau apa punca utama Ipal ekzema sebab ekzema dia tak pernah baik cuma kurang je. Mungkin sebab aku dan ayah Ipal pun memang ada allergic. Sekarang ekzema Ipal dah tak seteruk dulu. Kadang2 je kulit Ipal akan merah itupun kalau cuaca panas sangat2. Jadi bila kat rumah aku pakaikan Ipal singlet je atau tak yah pakai baju pakai pampers je.he..! Ipal seksi tau kat umah.
Masa ni cuaca panas sangat2, jadi di rumah Ipal cuma dipakaikan pampers sahaja oleh emaknya. See muka Ipal yang ceria sebab tak panas lagi. heee..! |
"Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu melembapkan kulit adalah sangat2 penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti emollient yang banyak beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering."
Itulah yang doktor tu pesan kat aku banyak kali. Pelembab / Moisturizer adalah paling penting bagi penghidap ekzema.
No comments:
Post a Comment