Keinginan aku untuk kurus semakin berkobar-kobar sejak akhir2 ni. Sebelum pregnant aku memang nak kurus tapi aku tak penah amik tau pasal produk kuruskan badan sebab kegemukan aku tak seteruk mana pun. Sebenanya takde sape pun penah cakap aku gemuk dulu.huhu..! Masa pregnantkan Ipal berat aku 62kg. Naik 16kg dari berat asal!! Sekarang berat aku 52kg. Ramai yang tegur aku dah gemuk. Baju banyak yang dah tak muat. Aku cuma nak kurangkan 3kg - 5kg untuk kembali ke berat asal. Dulu aku memang tak pecaya ubat kurus badan. Bagi aku kalau nak kurus kena buat senaman tapi sekarang aku yakin ubat kurus badan dapat bantu aku lebih cepat untuk kurus.Jadi aku pun mula buat research. Pada mulanya aku cuma search di internet tentang produk kuruskan badan tanpa tulis spesifik jenama produk sebab aku pun masih tak tau lagi produk apa yang aku nak guna. Aku nak cari produk yang berkesan tapi yang paling penting ia SELAMAT dan kos nya mampu ditanggung oleh aku yang tak berapa banyak duit ni.
Sebelum tu office mate aku adalah dealer Herbalife. Dia memang suruh aku beli produk ni dari dia. Aku rasa produk ni berkesan dan selamat sebab mak aku sendiri guna produk ni. Memang nampak mak aku lebih kurus dari dulu tapi produk terlalu mahal bagi aku. Itupun nak kena jadi ahli dulu baru dapat murah sikit. Full package untuk 1 bulan lebih kurang RM400++. Masih mahal lagi, mana la aku mampu =( .Jadi aku terpaksa reject. Maybe Herbalife ni produk import sebab tu harga dia agak mahal. Aku percaya ada lagi produk yang berkesan, selamat dan kos yang mampu ditanggung oleh aku. Jadi aku teruskan lagi misi pencarian.
Kemudian aku dapati Lecithin dapat membantu seseorang untuk kurus. Apakah Lecithin dan fungsinya? Lecithin adalah 'pengemulsi semulajadi' kerana ia mempunyai kesan melekat dengan lemak. Ia menyebabkan lemak terapung dalam darah dan ini dapat mencegah lemakdari melekat ke dinding membrane. Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tapi ia sangat diperlukan oleh badan.
HERBALIFE full formula |
So kat bawah ni adalah antara fungsi dan kelebihan Lecithin :-
- Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yang lain. Sebab itulah ia dapat membantu mencegah penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yg mengeras. Sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika seseorang yang berhadapan dengan masalah kesihatan yg sebegini.
- Lecithin bertindak mengemulsikan lemak (maksudnya ia membantu memecahkan lemak). Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti dapat membantu anda mencapai berat badan yang diinginkan.
- Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan .Tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mudah mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar, bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc. Semuanya boleh menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. Jadi dengan cara menambahkan pengambilan Lecithin adalah jalan yang terbaik.
- Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati.
- Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya fungsi saraf akan menjadi kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.
- Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membaluti sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria.Disamping itu, struktur Lecithin itu sendiri dapat melindungi sel dari teroksida.
- Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, di mana ia penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.
- Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana iamenggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.
- Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema.
- Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi2 dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
- Lecithin adalah zat untuk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat & berkilat, kulit yang lembut dan juga dalam mencegah eczema.
- Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Ini kerana ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah gejala2 menopause.
- Lecithin bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya adalah untuk mencairkan lemak dan pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dalam badan.
Sebiji Lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin |
Lepas search 2 produk ni aku rasa aku pilih Nutrillite kot sebab Shaklee ni jenis capsule. Aku memang susah sikit nak telan pil yang besar2 ni. Harga Lecithin Shaklee RM52.00 atau ada juga yang jual RM42.00 untuk 180 biji dan nak tambah RM10.00 untuk postage fee. Ia perlu diambil dalam 6 biji sehari (pengsan aku nak telan pil hari2) so 180 biji untuk kegunaan 1 bulan jela. .
Nutrillite plak jenis pil yang boleh kunyah (chewable) Nutrillite ni ada tambah vitamin E skali. Lagipun kat Batu Pahat ada Amway Distributor yang dekat dengan rumah aku so tak perlu postage fee. Harga untuk 150 biji RM80.00 dan 270 biji plak RM130.00. Dicadangkan ambil 1-2 biji sehari so 1 bottle boleh guna dalam 3 bulan++. Lama tu, lebih jimat. Tapi aku tak dapat banyak info kat internet pasal Nutrillite Lecithin-E ni. Kena pegi outlet dia tanya lagi senang.
Insyaallah jika Lecithin diambil secara konsisten, pasti akan nampak kesannya nanti. Tapi untuk membantu aku lebih cepat kurus aku perlu amalkan beberapa tips. Jom kita share.
(8 November 2011 - Beberapa minggu lepas entry ni ditulis, aku belek2 bekas Meal Shake Herbalife officemate aku. Aku tengok kandungan product, ada LECITHIN la. So pandai2 korang la nak pilih product mana yang terbaik sebab aku dah guna product Herbalife skang. Hee..)
(8 November 2011 - Beberapa minggu lepas entry ni ditulis, aku belek2 bekas Meal Shake Herbalife officemate aku. Aku tengok kandungan product, ada LECITHIN la. So pandai2 korang la nak pilih product mana yang terbaik sebab aku dah guna product Herbalife skang. Hee..)
Nutrilite memang terbaik... 👍
ReplyDeletek
ReplyDelete