Sunday, 27 July 2014

Tempahan Sticker Label Produk - KINI DIBUKA


Selain Buku Doa Mini ramai sangat yang tanya saya ada buat service design x? Alhamdulillah ada rezeki dan kesempatan now saya open order untuk STICKER LABEL plak. Yeay!!

Korang buat bisnes cupcake, muruku, kerepek, pretzels, cookies, popcorn, kuih bahulu, frozen food, biskut raya, sambal homemade atau apa jua jenis produk pun..

Nak produk korang nampak standard dan lebih dikenali??

BIAR SAYA DESIGN & PRINT KAN LABEL PRODUK ANDA
PROMOSI FREE DESIGN!
(Limited time only)

Saya pun open order untuk Business Card, Flyers, Voucher, Banner, Bunting dan lain-lain.

Ok la layan gambar contoh-contoh yang customer penah order k


Sticker produk - Nak lekat kat balang kuih raya. Customer buat Tat nenas & Sugee
Sticker kuih raya
Sticker label produk tampal kat botol minuman Asai Boi
Business Card
Membership Card
Yang ni saya panggil Mini Card - kalau customer purchase boleh bagi card ni untuk say Thank you

Label tag size baju S, M, L, XL - customer jual nursing wear
Nak tengok banyak lagi design yang awesome, new update, nak tanya soalan, nak discuss, nak survey atau berminat nak order boleh contact saya kat

FACEBOOK : https://www.facebook.com/ColorfulSomethings
INSTAGRAM : colourfulsomethings_design
WHATSAPP : 017.277 1232

Contoh design custom made Buku Doa Mini

Custom made Buku Doa Mini adalah item yang paling ramai orang order. Tak putus-putus terima tempahan. Orang Sabah, Sarawak dan Brunei pun ada yang tempah. No probs kami boleh pos ke seluruh Malaysia.

CUSTOM MADE - So korang boleh letak nama korang, nama majlis korang, tarikh, ucapan and of course boleh letak gambar sebagai kenang-kenangan tanpa sebarang extra charge.

Buku Doa ni sesuai dijadikan doorgift pelbagai majlis seperti majlis Aqiqah, Cukur Jambul, Hari Lahir, Perkahwinan, Pertunangan, Kesyukuran, Tahlil atau apa jua majlis. Pemberian yang bermanfaat kepada tetamu dan Insyaallah orang takkan buang lepas majlis.

Ada juga customer kami yang order untuk business purpose contoh nak bagi kat customer. Kiranya Gift with Purchase macam tu la. Contoh macam gambar kat bawah ni. Boleh letak nama company, FB / Instagram dan no contact sekali.





Selain Buku Doa korang pun boleh tempah sekali TQ tag, TQ sticker, bottle label dan bunting untuk majlis korang, sedondon gitu. He.. So senang under one roof.

Ok la layan gambar contoh-contoh yang customer penah order daripada kami k


TQ Tag untuk Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Buku doa mini + Round TQ Sticker



Buku doa mini +  Square TQ tag + Round TQ sticker untuk Majlis Aqiqah
Bunting Selamat Datang untuk Majlis Aqiqah



Nak tengok banyak lagi design yang awesome, new update, nak tanya soalan, nak discuss, nak survey atau berminat nak order boleh contact kami kat

FACEBOOK : https://www.facebook.com/ColorfulSomethings
INSTAGRAM : colourfulsomethings_design
WHATSAPP : 017.277 1232


Thursday, 19 December 2013

Project Buku Doa

Alhamdulillah projek buku doa aku dapat sambutan yang sangat menggalakkan. Maybe sebab size poket yang comel, design yang colourful dan harga yang mampu dimiliki kot plus boleh letak gambar baby / pengantin tanpa extra charges. hee..  :)

Kat bawah ni adalah antara design yang paling banyak customer tempah. Kiranya hot design la tapi design yang paling hot antara yang terhottt adalah yang colour pink + green yang ada gambar sebiji cake comel tu :)



Ni antara design buku doa yang aku buat. Duduk depan laptop berjam-jam buat design boleh buat aku rasa happy. Adik aku pening bila aku cakap buat design boleh hilangkan stress. Hii.. minat setiap orang lain-lain kot. Nak tengok design lain lagi meh la melawat fan page aku yang tak seberapa kat SINI.


Siapa suka tema romantik dan sweet??
Ada ramai yang tanya aku tak buat Surah Yassin ke? Memang ada plan nak buat tapi masih belum berkesempatan sebab sibuk dengan tempahan buku doa. Insyaallah aku akan usahakan dalam next project yer :)

Ada pape soalan?? Boleh contact aku kat sini :
Facebook : https://www.facebook.com/messages/ColorfulSomethings
atau WhatsApp jer +6017277 1232

Thursday, 14 November 2013

CUSTOM MADE BUKU HIMPUNAN DOA & ZIKIR HARIAN


CUSTOM MADE BUKU HIMPUNAN DOA & ZIKIR HARIANSesuai dijadikan cenderahati bagi majlis seperti Majlis Hari Lahir, Aqiqah, Cukur Jambul, Akad Nikah, Perkahwinan, Pertunangan, Doa Selamat atau apa jua majlis.
Insyaallah bermanfaat untuk tetamu-tetamu anda.

Berikut adalah details bagi BUKU HIMPUNAN DOA & ZIKIR HARIAN

SPECIFICATIONS :
Size : 7cm x 10cm
Material : 260gsm Art Card (cover) / simili paper ( in pages)
Printing : Full Color Laser Print
48 pages including cover
44 printed pages
47 Doa dan Zikir Harian
Background white colour only allowed


Senarai harga

BUKU HIMPUNAN DOA & ZIKIR HARIAN sahaja
Contoh buku doa sahaja
50-99 pcs RM1.80 /pc
100 - 499pcs RM1.60 /pc
500 - 999pcs RM1.50 /pc
1000++ RM1.40 /pc

BUKU HIMPUNAN DOA & ZIKIR HARIAN + TQ TAG
Contoh buku doa + TQ tag
50-99 pcs RM2.10 /pc
100 - 499pcs RM1.90 /set
500 - 999pcs RM1.80 /set
1000++ RM1.70 /set

* Harga tidak termasuk post. Postage fee depends on weight

Contoh design BUKU HIMPUNAN DOA & ZIKIR HARIAN




Kalau nak tempah TQ tag pun boleh :)

TQ tag untuk wedding & bisnes


Kalau nak tengok banyak lagi design yang cantik, comel dan unik boleh view Facebook Fan Page saya Colourful Somethings

Sebarang pertanyaan, perbincangan dan tempahan boleh contact saya di
Facebook : https://www.facebook.com/messages/ColorfulSomethings
atau WhatsApp +6017277 1232

Saturday, 18 February 2012

Kami dah ke JPO

"Kaklong jom pegi JPO?" Adik aku yang dok kat KL tu msg.
Benda apa plak JPO? Aku pun mengoogle lepas disuruh oleh adik aku dan lepas dia kata,
"Aku yang dok kat KL pun tau JPO, ko yang dok kat Johor pun tak tau ke?"
Yela aku semenjak dah kawin, ada anak ni aku dah tak amik tau sangat hal2 teknologi terkini atau lagu2 hit dipasaran sekarang. Kalau dia tanya aku ilmu parenting, solid food, breastfeeding, cloth diapering ada la aku update ilmu pengetahuan aku.

Berdasarkan carian di google,JPO adalah outlet stores yang menempatkan barangan branded daripada designer2. Saving 25% - 65% everyday. Wow! Katanya lagi tempat tu sangat sesak sehinggakan nak jalan pun tak nampak kaki sendiri. Yeke..? Jadi pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas aku, Yan & Ipal telah pun pegi kesana. Niat dalam hati kalau ada yang harganya berpatutan nak la jugak beli. Maklum la baru dapat ang pau Tahun Baru Cina daripada bos. Untuk check brand apa yang ada di JPO, klik sini.

Bagaimana Untuk Ke Sana?
Untuk ke JPO korang boleh refer map ni atau untuk maklumat details bagaimana untuk kesana, sila klik sini.
Map ke JPO



Tapi... Huh..! Tak sampai setengah jam sampai sana, Ipal dah buat perangai. Budak yang baru pandai berjalan tu tak nak duduk dalam stroller dan tak nak dukung, dia nak jalan sendiri. Dia pun tak nak tangan dia dipimpin.
Mulanya di dalam stroller dengan muka yang bosan dan akhirnya telah berjalan kaki sendiri. isk..
Aku cuma sempat masuk Levi's dan Cotton On je. Yan cuma sempat beli sehelai Levi's 501 harga RM199.00. Mana nak dapat Levi's 501 harga macam tu kat tempat lain. Biasanya harga 501 mesti RM290++. Aku plak tak sempat beli pape. Kebanyakan masa kat JPO dihabiskan untuk jaga Ipal je. Hmm..

Dah penat jaga Ipal jadi jom lah kita cepat2 balik. On the way nak ke parking ternampak COACH. Hihi.. Nak singgah jap la. Sekali tengok mak aii.. nak masuk Coach pun kena beratur. Tak kuasa aku.

Mereka ramai2 kat sini bukan nak beli tiket wayang tapi tengah tunggu turn nak masuk COACH yer.
Tak dapat la aku nak review lebih2 pasal JPO ni sebab sibuk jaga Ipal je. Tapi konsep JPO ni lain dari shopping mall yang ada kat Malaysia ni. Lain dari Midvalley, Times Square atau pun Jusco.

Bagi yang berniat nak ke sana, pegi la waktu petang2 sikit atau malam kot sebab kalau pegi siang, panas gilerrr. Kalau bawak baby kecil yang macam Ipal tu, tak yah la pegi time wekend atau public holiday coz memang sesak. Stand by la bawak roti dan air sendiri dari rumah sebab makanan kat situ agak mahal dan jangan lupa bawa duit lebih ya.

Friday, 2 December 2011

Proses buat frozen puree Ipal

Zaman frozen puree Ipal sudah hampir berakhir. Pada umur Ipal 10 bulan sekarang aku dah mula kurangkan makanan frozen untuk Ipal sebab Ipal dah besar, dah ada 6 batang gigi sudah pandai mengunyah dan yang paling penting dia dah pandai rasa makanan tu sedap atau tak. Macam kita juga kalau tak sedap tak nak makan. Aku tak nak la nanti Ipal kata "Mak masak tak sedap. Nenek masak lagi sedap".
Tapi tak penah plak Ipal cakap macam tu sebab dia blom pandai cakap lagi.hehe..! Semestinya aku mahu anak aku kata,
"Masakan mak lah yang paling sedap di dunia".

Pada masa Ipal mula solid food iaitu masa dia berumur 6 bulan, frozen puree sangat practical bagi aku. Memudahkan tugas aku untuk masak makanan Ipal setiap pagi. Tak payahlah pagi2 tu nak memblender bagai. Lagipun aku mahu luangkan masa yang berkualiti untuk anak aku, teman dia main, baca buku cerita dan lain2. Aku percaya makanan air tangan ibu yang dibekukan lebih baik dari instant baby food kat pasaran. Jika korang ibu yang bekerja aku cadangkan buatlah frozen puree, kemudian bila baby dah berusia 9 atau 10 bulan slow2 tukar kepada yang fresh tapi terpulang ikutlah cara masing2. Dengan bantuan slow cooker aku hanya perlu masukkan kiub2 frozen puree ke dalam bubur, biarkan ia cair dan bubur pun siap. Tapi kalau korang berkemampuan boleh la beli AVENT Steamer & Blender. Normal price RM399.00. Sangat2 membantu untuk buat puree baby sebab boleh stim dan blender sekaligus so bole la buat fresh puree setiap hari, tak payah buat frozen lagi. Tapi aku tak mampu nk beli ni.hmm..
AVENT Steamer & Blender

Cara aku buat frozen puree Ipal.
(dengan teknologi dihujung jari, actually aku belajar buat puree Ipal dari laman YouTube. Senang ada video)

- Kupas kulit buah-buahan kemudian basuh bersih2

- Stim atau rebus buah-buahan tersebut. Stim lebih baik. Gunakan jumlah air yang minimum
- Apabila dah cukup lembut, blender sehingga teksturnya betul-betul halus bagi bayi yang baru berusia 6 bulan, kemudian beralih kepada tekstur yang lebih kasar apabila baby semakin besar

 

- Masukkan puree ke dalam bekas cube yang bertutup macam bekas cube ice aku ni supaya bakteria tak dapat masuk semasa proses pembekuan. Cube ni aku kirim kawan aku beli kat Giant. RM2.99 je dapat 2 pcs.
- Bekukan dalam peti ais bahagian beku
- Bila dah beku boleh la transfer kiub2 puree tu ke dalam tupperware
- Kemudian buatkan label yang bertulis nama puree dan tarikh korang buat puree tu. Contoh : Apple / 05.10.2011. Frozen puree lebih baik digunakan dalam tempoh 1 bulan je paling lewat ok

Makanan atau puree yang belum dibekukan hanya boleh berada di dalam peti sejuk bahagian bawah (fridge) selama 48 jam je ye dan kalau korang nak sejukkan dulu makanan atau puree tersebut, pastikan tidak melebihi 2 jam di dalam suhu bilik sebab dikhuatiri pembiakan bakteria. Pastikan juga makanan tersebut bertutup.

Saturday, 5 November 2011

Solid food untuk Ipal

Dah lama aku nak tulis tentang solid food Ipal. Baru sekarang berkesempatan. Ipal dah pun berusia 10 bulan skarang. Dia dah diperkenalkan dengan macam2 rasa makanan. Aku rasa dia suka semua benda yang aku bagi cuma dia tak suka avocado. Aku masak sendiri makanan Ipal setiap hari. Walaupun sibuk tapi adalah lebih baik memberi anak aku makan dengan air tangan aku sendiri. Masakan ibu terjamin NO SALT , NO SUGAR and NO PRESERVATIVE. Aku tak berminat nak bagi Ipal nestum atau cerelac dan aku tak penah ambil tau pun tentang kedua2 produk tersebut. Tentang ibu2 lain yang mungkin tak mahu bersusah payah masak setiap pagi dan mahu senang dengan cuma tambahkan air panas je kat dalam nestum atau cerelac tu, terpulanglah.

Aku memang tak ada pengalaman mengendalikan bayi. Aku tak penah tukar pampers baby mahupun suapkan baby makan seumur hidup aku sebelum ni. Tapi sejak ada Ipal aku belajar semuanya sendiri start from zero. Untuk solid food ni aku kena buat persediaan awal2. Aku tak nak lakukan kesilapan lagi macam masa aku breastfeed Ipal dulu sehingga Ipal tak dapat khasiat susu ibu sepenuhnya.Kesian Ipal..

Aku terjumpa satu blog. The writer tu juga seorang ibu yang bekerja seperti aku. Selepas baca blog tu aku ambil keputusan untuk buat frozen puree untuk Ipal. Frozen puree yang dibuat oleh mak adalah lebih baik dari makanan segera bayi dan kanak2 yang dijual dipasaran. Lagipun aku tak ada pengalaman. Takut kelam kabut pulak waktu pagi masa nak pegi kerja. Brown rice Ipal jugak aku dah blender halus untuk stock sebulan supaya pagi2 aku tak payah bising2 memblender bubur Ipal. Ada juga ibu2 yang beli je serbuk beras perang yang ada jual kat pasaran tapi aku lebih suka buat sendiri. Tak susah pun macam ni caranya aku buat brown rice blender tu :-

- Basuh beras bersih2 anggaran untuk stock sebulan lebih kurang 1kg
- Tos kan air sekering yang boleh
- Kemudian beras tu di sangai atau goreng tanpa minyak kat dalam kuali sampai air kering dan berwarna sedikit kekuningan
- Sejukkan dulu beras baru diblender ikut tekstur yang kita nak
- Bila beras betul2 sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara untuk disimpan. Kalau tak betul2 sejuk nanti berwap kat dalam bekas tu, beras akan cepat rosak
- Kalau boleh simpan la dalam peti sejuk, beras akan lebih tahan lama

First solid food Ipal ialah bubur nasi kosong sahaja. Aku follow 4 days rules. Iaitu Ipal akan diberi makan makanan yang sama selama 4 hari berturut-turut untuk pastikan ada atau tak reaksi allergic pada sesetengah makanan. (rujuk jadual kat bawah). Lagipun Ipal ada eczema jadi aku perlu lebih berhati-hati pilih makanan dia.

Contoh jadual makan baby follow 4 days rules
    Walaupun allergic makanan tak membatasi usia tapi ia biasanya berlaku bermula dari tahun pertama hidup seseorang. Kebanyakan kanak2 akan bebas dari allergic apabila mereka mencapai umur persekolahan tapi ramai juga yang terus mengalaminya sehingga dewasa. Risiko paling tinggi adalah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunya allergic. (Aku dan ayah Ipal memang ada allergic). Tanda2 allergic makanan adalah seperti gatal, eczema, dematitis, loya, muntah, cirit-birit, lelah, asma dan bronkitis. Sebenarnya kebanyakan reaksi adalah ringan tapi sesetengah individu mungkin mengalami reaksi teruk yang boleh membawa maut. Walaupun jarang berlaku tapi berhati-hatilah semasa memilih makanan anak.

    Selepas Ipal makan bubur nasi kosong selama 4 hari. Aku tengok Ipal ok je. Selera je dia makan. Bubur nasi yang aku masak terhangus sikit pun Ipal makan sampai habis gak sebab baby tak pandai bezakan makanan tu sedap, manis atau masin selagi kita tak perkenalkan rasa tu kat dorang. tapi ramai gak aku dengar ibu2 yang merungut baby tak nak makan bubur macam sorang kakak jiran kat rumah mak mertua aku yang selalu merungut anak ketiga dia yang umur 7 bulan tak nak makan bubur nasi. Dia nak makan nestum je tu pun dari botol susu. Kalau suap tak nak.

    "Tapi hari tu akak pegi KFC bagi dia makan mashed potato KFC tu licin dia makan".

    Akak tu begitu gembira sebab baby dia makan mashed potato sampai licin. (kalau aku nangis weh). Mashed potato tu sedap. Ada garam, gula, penambah perasa dan tak tau apa ingredients lagi kat dalam. Semua cukup rasa la kiranya. Kalau awal2 lagi dah bagi baby makanan yang manis dan sedap kot tu mana la baby nak makan bubur nasi yang tawar lagi. Ni dari apa yang akak tu cerita kat aku la. Start umur 2 bulan dia dah bagi baby dia nestum dalam botol susu. Salah sendiri pun tak tau.

    Ok back to Ipal solid food. Hari ke-5 aku mula perkenalkan Ipal bubur nasi+pumpkin puree. Orang tua2 kata jangan bagi baby makan labu atau keledek takut angin tapi alhamdulilah ipal ok. Lagipun fikirlah khasiat dalam makanan tu. Ipal juga makan nasi+pumpkin puree selama 4 hari. Selepas takda reaksi allergic barulah makanan baru akan diperkenalkan lagi. Masa Ipal umur 6 bulan Ipal makan 2 kali sehari. Lunch dan dinner. Antara makanan yang aku bagi dia adalah seperti pumpkin, keledek, carrot, potato, red apple & pear. Semuanya diperkenalkan satu persatu. Tekstur bubur nasi dan puree dia juga sangat halus.

    Masa Ipal 7 bulan Ipal dah makan 3 kali sehari. Breakfast, lunch dan dinner. Aku perkenalkan dia lagi makanan baru macam oat, brocolli, cauliflower, banana dan ikan bilis. Untuk ikan bilis pun aku buat macam brown rice jugak iaitu disangai dan diblender halus so bole simpan lama. Make sure betul2 halus ye takut ada tulang ikan bilis tu nanti bahaya plak untuk baby. Kalau gi jalan atau balik kampung bubur nasi Ipal campur ikan bilis je. Breakfast Ipal makan oat+any fruit puree macam apple, pear atau banana. Lunch dan dinner pulak Ipal makan macam bubur nasi+carrot atau bubur nasi+ikan bilis+potato.

    Ipal 8 bulan aku start bagi dia chicken dan fish. Agak lambat sebab aku takut allergic. Ayah Ipal ada allergic terhadap ayam. Kulit dia akan gatal2 kalau makan ayam. Alhamdulilah Ipal ok. Antara ikan yang aku penah bagi Ipal ikan salmon, tenggiri dan ikan merah. Hati2 dengan tulang ikan. Kismis, jagung dan bayam jugak diperkenalkan masa Ipal 8 bulan. Bayam mempunyai kandungan nitrat yang tinggi sebab tu aku bagi Ipal lambat sikit.

    Sekarang Ipal dah 10 bulan. Gigi dia pun dah ada 6 batang. Frozen puree dah kurang sesuai untuk Ipal sebab dia dah pandai pilih rasa yang sedap atau tak. Setiap hari aku masak bubur nasi + buah dan sayuran fresh untuk Ipal. Lagipun sayur dan buah tu dah tak perlu diblender lagi sebab Ipal dah pandai mengunyah so dah senang la. Malam sebelum tido aku potong siap2 sayur dan buah tu. Aku pun dah bagi Ipal 'Baby Bite' dan buah-buahan sebagai finger food. Dia akan leka pegang dan kunyah finger food tu. So funny..~

    Ni ada sedikit panduan bagi mula introduce baby solid food :-
    • Makanan yang jarang menyebabkan reaksi allergic (bermula umur 6 bulan) ~ Nasi, lobak merah, pear, epal & prun
    • Makanan yang biasanya sesuai tetapi kadang-kadang menyebabkan reaksi allergic (bermula umur 6 bulan) ~ Barli, oat, gandum, daging lembu, kambing, ayam, brokoli, kubis, ubi kentang, bayam, jagung dan pisang 
    • Makanan yang biasa menyebabkan reaksi allergic (bermula umur 9 bulan)  ~ Kuning telur (perlu dimasak sepenuhnya), legum (kacang soya, kacang) & ikan
    • Makanan yang sangat allergic (bermula umur 12 bulan) ~ Makanan laut (udang, ketam, kapis segar dan yang dikeringkan), puih telur dan kacang tanah
    Kita ada masa seumur hidup dia untuk bagi anak makan. Dari baby sampai la dia besar insyaallah. Jadi tak perlulah tergesa-gesa atau over ecxited untuk bagi baby makan. Ni tak baby 2 bulan dah bagi nestum, 4 bulan dah suapkan dengan American chocolate cake la, kuih raya la, mashed potato KFC la sebab katanya kesian baby tengok kita makan. Baby kalau kita bagi dia remote control TV pun nampak sedap bagi dia. Normal la semua baby masukkan jari dan barang ke dalam mulut tapi tu tak bermakna dia lapa kalau kita dah cukup bagi dia susu atau makanan dia tepat pada masanya. Kenalkan makanan satu persatu. NO SALT , NO SUGAR for baby BELOW 1 YEAR OLD. Bukan selama-lamanya tak boleh.

    (Next entry aku akan tulis tentang proses buat frozen puree Ipal)