Pregnant adik Ipal aku teringin nak buat details scan atau 3D/4D scan sebab tertanya-tanya baby dalam perut ni ok ke tak, ada abnormal ke, selesa ke tak kat dalam tu.
Punya la susah nak cari klinik kat Batu Pahat yang buat details scan atau 3D/4D scan. Kalau area JB tu banyak la tapi jauh la pulak nak pegi. Aku google pun tak banyak result yang keluar.
Hasil survey aku, aku dah tau kat mana nak buat 3D/4D scan kat Batu Pahat so aku nak share kat sini supaya dapat bantu sapa-sapa yang tercari-cari macam aku juga sebab masa aku tercari-cari tu susah juga nak dapat info so kot la dapat membantu serba sikit sesiapa yang memerlukan.
Ni hasil survey aku
Goh Maternity Center Kat Bukit Pasir ada 2D scan je. Harga pun agak mahal RM100++ macam tu. Tak ingat plus berapa. Maybe maternity specialist sebab tu mahal kot. Aku tak penah pegi sini. Hari tu aku call je.
Klinik Nur 2D scan je. Tak payah la pegi klinik ni buat scan sebab doktor dia tak best. Tak peramah, macam malas nak layan maybe sebab patient ramai kot. Charge RM40 untuk hasil scan yang gelap dan tak jelas.
Hospital Pantai Ada 3D / 4D scan. Tak ingat berapa rate. RM100++ juga
Hospital Putra Aku call je tanya. Ada scan 3D/4D tapi takda buat details scan. Scan 3D/4D charge RM60 scan + RM60 consultation so total RM120. Tak dapat CD.
Poliklinik Nge Kat Taman Intan Parit Raja. Ada buat 2D dan 3D/4D scan. Charge sangat murah RM35 je tak kisah korang buat 2D dan 3D/4D. Pegi la sini tapi consultation biasa-biasa jela.
Addres :
No.15 , Jalan Susur Intan, Taman Intan, 86400 Parit Raja, Johor. ( 07-454 5888 )
Klinik Putra Taman Universiti Landmark kat sebelah Lunatots dan McD Taman U sebelum UTHM. Ada scan 2D je. Recomanded 1 sebab doktor peramah, 2 scan terang ok la, 3 sebab charge sangat2 murah jangan tak pecaya RM25 je tau!
Addres :
No.66, Jalan Universiti 1, 86400 Parit Raja, Johor. (07-453 5209)
Klinik Pakar Kartik Lastly aku pilih buat 3D/4D scan kat sini sebab ada 2-3 orang kawan yang kata doktor ni bagus. Dia actualy doktor pakar dari Hospital Putra ada klinik sendiri. Consultation jelas dan aku rasa mesin scan dia canggih. Lama dia scan perut aku. Maybe dia check semua kot. Last masa consultation tu aku tanya doktor tu “Macam mana doktor baby saya ok ke? Ada masalah apa2 tak?” Doktor cakap baby ok takda masalah pape dia berani jamin sebab dia kata mesin scan dia tu macam buah tembikai yang dibelah so boleh nampak bahagian dalam. Aku pun lega doktor cakap macam tu. Risau sebab masa Ipal lahir dok dalam wad baby dulu macam2 keadaaan baby aku tengok. Ada yang masalah jantung la, wayar penuh 1 badan, mak pun kena duduk hospital sekali. Kalau yang ada anak lain tu macam mana la nak handle agaknya. Humm.. So buat scan ni boleh prepare fizikal & mental awal2.
(Throwback - Ipal lahir vacuum, kepala dia lonjong sikit. Dia kena masuk wad baby untuk pantau keadaan dia.Takda masalah 1 hari je dia duduk wad baby then dah boleh balik rumah)
Okeh masa aku buat scan kat Klinik Pakar Kartik ni charge RM190 dapat sekeping gambar 3D & sekeping report tentang baby. Tak dapat CD . Tapi charge dia around RM150 – RM190 macam tu la.
Adik aku kata agak mahal sebab dia buat details scan kat Shah Alam (tak ingat nama klinik) baru RM120 je by Sonographer dapat CD lagi boleh tengok baby gerak-gerak kat dalam. Takpe la kat Batu Pahat memang takda choice pun. Tapi kalau puas hati aku ok je.
Info ni masa aku survey je tau. Tak tau la kalau ada yang berubah. Korang call la dulu sebelum datang.