Saturday 18 February 2012

Kami dah ke JPO

"Kaklong jom pegi JPO?" Adik aku yang dok kat KL tu msg.
Benda apa plak JPO? Aku pun mengoogle lepas disuruh oleh adik aku dan lepas dia kata,
"Aku yang dok kat KL pun tau JPO, ko yang dok kat Johor pun tak tau ke?"
Yela aku semenjak dah kawin, ada anak ni aku dah tak amik tau sangat hal2 teknologi terkini atau lagu2 hit dipasaran sekarang. Kalau dia tanya aku ilmu parenting, solid food, breastfeeding, cloth diapering ada la aku update ilmu pengetahuan aku.

Berdasarkan carian di google,JPO adalah outlet stores yang menempatkan barangan branded daripada designer2. Saving 25% - 65% everyday. Wow! Katanya lagi tempat tu sangat sesak sehinggakan nak jalan pun tak nampak kaki sendiri. Yeke..? Jadi pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas aku, Yan & Ipal telah pun pegi kesana. Niat dalam hati kalau ada yang harganya berpatutan nak la jugak beli. Maklum la baru dapat ang pau Tahun Baru Cina daripada bos. Untuk check brand apa yang ada di JPO, klik sini.

Bagaimana Untuk Ke Sana?
Untuk ke JPO korang boleh refer map ni atau untuk maklumat details bagaimana untuk kesana, sila klik sini.
Map ke JPO



Tapi... Huh..! Tak sampai setengah jam sampai sana, Ipal dah buat perangai. Budak yang baru pandai berjalan tu tak nak duduk dalam stroller dan tak nak dukung, dia nak jalan sendiri. Dia pun tak nak tangan dia dipimpin.
Mulanya di dalam stroller dengan muka yang bosan dan akhirnya telah berjalan kaki sendiri. isk..
Aku cuma sempat masuk Levi's dan Cotton On je. Yan cuma sempat beli sehelai Levi's 501 harga RM199.00. Mana nak dapat Levi's 501 harga macam tu kat tempat lain. Biasanya harga 501 mesti RM290++. Aku plak tak sempat beli pape. Kebanyakan masa kat JPO dihabiskan untuk jaga Ipal je. Hmm..

Dah penat jaga Ipal jadi jom lah kita cepat2 balik. On the way nak ke parking ternampak COACH. Hihi.. Nak singgah jap la. Sekali tengok mak aii.. nak masuk Coach pun kena beratur. Tak kuasa aku.

Mereka ramai2 kat sini bukan nak beli tiket wayang tapi tengah tunggu turn nak masuk COACH yer.
Tak dapat la aku nak review lebih2 pasal JPO ni sebab sibuk jaga Ipal je. Tapi konsep JPO ni lain dari shopping mall yang ada kat Malaysia ni. Lain dari Midvalley, Times Square atau pun Jusco.

Bagi yang berniat nak ke sana, pegi la waktu petang2 sikit atau malam kot sebab kalau pegi siang, panas gilerrr. Kalau bawak baby kecil yang macam Ipal tu, tak yah la pegi time wekend atau public holiday coz memang sesak. Stand by la bawak roti dan air sendiri dari rumah sebab makanan kat situ agak mahal dan jangan lupa bawa duit lebih ya.