Friday 2 December 2011

Proses buat frozen puree Ipal

Zaman frozen puree Ipal sudah hampir berakhir. Pada umur Ipal 10 bulan sekarang aku dah mula kurangkan makanan frozen untuk Ipal sebab Ipal dah besar, dah ada 6 batang gigi sudah pandai mengunyah dan yang paling penting dia dah pandai rasa makanan tu sedap atau tak. Macam kita juga kalau tak sedap tak nak makan. Aku tak nak la nanti Ipal kata "Mak masak tak sedap. Nenek masak lagi sedap".
Tapi tak penah plak Ipal cakap macam tu sebab dia blom pandai cakap lagi.hehe..! Semestinya aku mahu anak aku kata,
"Masakan mak lah yang paling sedap di dunia".

Pada masa Ipal mula solid food iaitu masa dia berumur 6 bulan, frozen puree sangat practical bagi aku. Memudahkan tugas aku untuk masak makanan Ipal setiap pagi. Tak payahlah pagi2 tu nak memblender bagai. Lagipun aku mahu luangkan masa yang berkualiti untuk anak aku, teman dia main, baca buku cerita dan lain2. Aku percaya makanan air tangan ibu yang dibekukan lebih baik dari instant baby food kat pasaran. Jika korang ibu yang bekerja aku cadangkan buatlah frozen puree, kemudian bila baby dah berusia 9 atau 10 bulan slow2 tukar kepada yang fresh tapi terpulang ikutlah cara masing2. Dengan bantuan slow cooker aku hanya perlu masukkan kiub2 frozen puree ke dalam bubur, biarkan ia cair dan bubur pun siap. Tapi kalau korang berkemampuan boleh la beli AVENT Steamer & Blender. Normal price RM399.00. Sangat2 membantu untuk buat puree baby sebab boleh stim dan blender sekaligus so bole la buat fresh puree setiap hari, tak payah buat frozen lagi. Tapi aku tak mampu nk beli ni.hmm..
AVENT Steamer & Blender

Cara aku buat frozen puree Ipal.
(dengan teknologi dihujung jari, actually aku belajar buat puree Ipal dari laman YouTube. Senang ada video)

- Kupas kulit buah-buahan kemudian basuh bersih2

- Stim atau rebus buah-buahan tersebut. Stim lebih baik. Gunakan jumlah air yang minimum
- Apabila dah cukup lembut, blender sehingga teksturnya betul-betul halus bagi bayi yang baru berusia 6 bulan, kemudian beralih kepada tekstur yang lebih kasar apabila baby semakin besar

 

- Masukkan puree ke dalam bekas cube yang bertutup macam bekas cube ice aku ni supaya bakteria tak dapat masuk semasa proses pembekuan. Cube ni aku kirim kawan aku beli kat Giant. RM2.99 je dapat 2 pcs.
- Bekukan dalam peti ais bahagian beku
- Bila dah beku boleh la transfer kiub2 puree tu ke dalam tupperware
- Kemudian buatkan label yang bertulis nama puree dan tarikh korang buat puree tu. Contoh : Apple / 05.10.2011. Frozen puree lebih baik digunakan dalam tempoh 1 bulan je paling lewat ok

Makanan atau puree yang belum dibekukan hanya boleh berada di dalam peti sejuk bahagian bawah (fridge) selama 48 jam je ye dan kalau korang nak sejukkan dulu makanan atau puree tersebut, pastikan tidak melebihi 2 jam di dalam suhu bilik sebab dikhuatiri pembiakan bakteria. Pastikan juga makanan tersebut bertutup.

Saturday 5 November 2011

Solid food untuk Ipal

Dah lama aku nak tulis tentang solid food Ipal. Baru sekarang berkesempatan. Ipal dah pun berusia 10 bulan skarang. Dia dah diperkenalkan dengan macam2 rasa makanan. Aku rasa dia suka semua benda yang aku bagi cuma dia tak suka avocado. Aku masak sendiri makanan Ipal setiap hari. Walaupun sibuk tapi adalah lebih baik memberi anak aku makan dengan air tangan aku sendiri. Masakan ibu terjamin NO SALT , NO SUGAR and NO PRESERVATIVE. Aku tak berminat nak bagi Ipal nestum atau cerelac dan aku tak penah ambil tau pun tentang kedua2 produk tersebut. Tentang ibu2 lain yang mungkin tak mahu bersusah payah masak setiap pagi dan mahu senang dengan cuma tambahkan air panas je kat dalam nestum atau cerelac tu, terpulanglah.

Aku memang tak ada pengalaman mengendalikan bayi. Aku tak penah tukar pampers baby mahupun suapkan baby makan seumur hidup aku sebelum ni. Tapi sejak ada Ipal aku belajar semuanya sendiri start from zero. Untuk solid food ni aku kena buat persediaan awal2. Aku tak nak lakukan kesilapan lagi macam masa aku breastfeed Ipal dulu sehingga Ipal tak dapat khasiat susu ibu sepenuhnya.Kesian Ipal..

Aku terjumpa satu blog. The writer tu juga seorang ibu yang bekerja seperti aku. Selepas baca blog tu aku ambil keputusan untuk buat frozen puree untuk Ipal. Frozen puree yang dibuat oleh mak adalah lebih baik dari makanan segera bayi dan kanak2 yang dijual dipasaran. Lagipun aku tak ada pengalaman. Takut kelam kabut pulak waktu pagi masa nak pegi kerja. Brown rice Ipal jugak aku dah blender halus untuk stock sebulan supaya pagi2 aku tak payah bising2 memblender bubur Ipal. Ada juga ibu2 yang beli je serbuk beras perang yang ada jual kat pasaran tapi aku lebih suka buat sendiri. Tak susah pun macam ni caranya aku buat brown rice blender tu :-

- Basuh beras bersih2 anggaran untuk stock sebulan lebih kurang 1kg
- Tos kan air sekering yang boleh
- Kemudian beras tu di sangai atau goreng tanpa minyak kat dalam kuali sampai air kering dan berwarna sedikit kekuningan
- Sejukkan dulu beras baru diblender ikut tekstur yang kita nak
- Bila beras betul2 sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara untuk disimpan. Kalau tak betul2 sejuk nanti berwap kat dalam bekas tu, beras akan cepat rosak
- Kalau boleh simpan la dalam peti sejuk, beras akan lebih tahan lama

First solid food Ipal ialah bubur nasi kosong sahaja. Aku follow 4 days rules. Iaitu Ipal akan diberi makan makanan yang sama selama 4 hari berturut-turut untuk pastikan ada atau tak reaksi allergic pada sesetengah makanan. (rujuk jadual kat bawah). Lagipun Ipal ada eczema jadi aku perlu lebih berhati-hati pilih makanan dia.

Contoh jadual makan baby follow 4 days rules
    Walaupun allergic makanan tak membatasi usia tapi ia biasanya berlaku bermula dari tahun pertama hidup seseorang. Kebanyakan kanak2 akan bebas dari allergic apabila mereka mencapai umur persekolahan tapi ramai juga yang terus mengalaminya sehingga dewasa. Risiko paling tinggi adalah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunya allergic. (Aku dan ayah Ipal memang ada allergic). Tanda2 allergic makanan adalah seperti gatal, eczema, dematitis, loya, muntah, cirit-birit, lelah, asma dan bronkitis. Sebenarnya kebanyakan reaksi adalah ringan tapi sesetengah individu mungkin mengalami reaksi teruk yang boleh membawa maut. Walaupun jarang berlaku tapi berhati-hatilah semasa memilih makanan anak.

    Selepas Ipal makan bubur nasi kosong selama 4 hari. Aku tengok Ipal ok je. Selera je dia makan. Bubur nasi yang aku masak terhangus sikit pun Ipal makan sampai habis gak sebab baby tak pandai bezakan makanan tu sedap, manis atau masin selagi kita tak perkenalkan rasa tu kat dorang. tapi ramai gak aku dengar ibu2 yang merungut baby tak nak makan bubur macam sorang kakak jiran kat rumah mak mertua aku yang selalu merungut anak ketiga dia yang umur 7 bulan tak nak makan bubur nasi. Dia nak makan nestum je tu pun dari botol susu. Kalau suap tak nak.

    "Tapi hari tu akak pegi KFC bagi dia makan mashed potato KFC tu licin dia makan".

    Akak tu begitu gembira sebab baby dia makan mashed potato sampai licin. (kalau aku nangis weh). Mashed potato tu sedap. Ada garam, gula, penambah perasa dan tak tau apa ingredients lagi kat dalam. Semua cukup rasa la kiranya. Kalau awal2 lagi dah bagi baby makanan yang manis dan sedap kot tu mana la baby nak makan bubur nasi yang tawar lagi. Ni dari apa yang akak tu cerita kat aku la. Start umur 2 bulan dia dah bagi baby dia nestum dalam botol susu. Salah sendiri pun tak tau.

    Ok back to Ipal solid food. Hari ke-5 aku mula perkenalkan Ipal bubur nasi+pumpkin puree. Orang tua2 kata jangan bagi baby makan labu atau keledek takut angin tapi alhamdulilah ipal ok. Lagipun fikirlah khasiat dalam makanan tu. Ipal juga makan nasi+pumpkin puree selama 4 hari. Selepas takda reaksi allergic barulah makanan baru akan diperkenalkan lagi. Masa Ipal umur 6 bulan Ipal makan 2 kali sehari. Lunch dan dinner. Antara makanan yang aku bagi dia adalah seperti pumpkin, keledek, carrot, potato, red apple & pear. Semuanya diperkenalkan satu persatu. Tekstur bubur nasi dan puree dia juga sangat halus.

    Masa Ipal 7 bulan Ipal dah makan 3 kali sehari. Breakfast, lunch dan dinner. Aku perkenalkan dia lagi makanan baru macam oat, brocolli, cauliflower, banana dan ikan bilis. Untuk ikan bilis pun aku buat macam brown rice jugak iaitu disangai dan diblender halus so bole simpan lama. Make sure betul2 halus ye takut ada tulang ikan bilis tu nanti bahaya plak untuk baby. Kalau gi jalan atau balik kampung bubur nasi Ipal campur ikan bilis je. Breakfast Ipal makan oat+any fruit puree macam apple, pear atau banana. Lunch dan dinner pulak Ipal makan macam bubur nasi+carrot atau bubur nasi+ikan bilis+potato.

    Ipal 8 bulan aku start bagi dia chicken dan fish. Agak lambat sebab aku takut allergic. Ayah Ipal ada allergic terhadap ayam. Kulit dia akan gatal2 kalau makan ayam. Alhamdulilah Ipal ok. Antara ikan yang aku penah bagi Ipal ikan salmon, tenggiri dan ikan merah. Hati2 dengan tulang ikan. Kismis, jagung dan bayam jugak diperkenalkan masa Ipal 8 bulan. Bayam mempunyai kandungan nitrat yang tinggi sebab tu aku bagi Ipal lambat sikit.

    Sekarang Ipal dah 10 bulan. Gigi dia pun dah ada 6 batang. Frozen puree dah kurang sesuai untuk Ipal sebab dia dah pandai pilih rasa yang sedap atau tak. Setiap hari aku masak bubur nasi + buah dan sayuran fresh untuk Ipal. Lagipun sayur dan buah tu dah tak perlu diblender lagi sebab Ipal dah pandai mengunyah so dah senang la. Malam sebelum tido aku potong siap2 sayur dan buah tu. Aku pun dah bagi Ipal 'Baby Bite' dan buah-buahan sebagai finger food. Dia akan leka pegang dan kunyah finger food tu. So funny..~

    Ni ada sedikit panduan bagi mula introduce baby solid food :-
    • Makanan yang jarang menyebabkan reaksi allergic (bermula umur 6 bulan) ~ Nasi, lobak merah, pear, epal & prun
    • Makanan yang biasanya sesuai tetapi kadang-kadang menyebabkan reaksi allergic (bermula umur 6 bulan) ~ Barli, oat, gandum, daging lembu, kambing, ayam, brokoli, kubis, ubi kentang, bayam, jagung dan pisang 
    • Makanan yang biasa menyebabkan reaksi allergic (bermula umur 9 bulan)  ~ Kuning telur (perlu dimasak sepenuhnya), legum (kacang soya, kacang) & ikan
    • Makanan yang sangat allergic (bermula umur 12 bulan) ~ Makanan laut (udang, ketam, kapis segar dan yang dikeringkan), puih telur dan kacang tanah
    Kita ada masa seumur hidup dia untuk bagi anak makan. Dari baby sampai la dia besar insyaallah. Jadi tak perlulah tergesa-gesa atau over ecxited untuk bagi baby makan. Ni tak baby 2 bulan dah bagi nestum, 4 bulan dah suapkan dengan American chocolate cake la, kuih raya la, mashed potato KFC la sebab katanya kesian baby tengok kita makan. Baby kalau kita bagi dia remote control TV pun nampak sedap bagi dia. Normal la semua baby masukkan jari dan barang ke dalam mulut tapi tu tak bermakna dia lapa kalau kita dah cukup bagi dia susu atau makanan dia tepat pada masanya. Kenalkan makanan satu persatu. NO SALT , NO SUGAR for baby BELOW 1 YEAR OLD. Bukan selama-lamanya tak boleh.

    (Next entry aku akan tulis tentang proses buat frozen puree Ipal)

      Tuesday 25 October 2011

      Diet perlukan ilmu

      Ramai orang gagal untuk kurus sebab cara diet mereka yang salah. Menahan lapar dan tidak makan sebenarnya tidak banyak membantu untuk kurus. Malah dengan cara itulah sebenarnya yang membuat mereka gagal dalam proses diet. dan akhirnya putus asa di tengah jalan. Diet juga perlukan ilmu supaya usaha yang kita lakukan tak sia2. Jom share tips ni :-


      • Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Maksudnya makan sedikit2 tetapi kerap. Ini akan dapat mengawal nafsu pemakanan dan memastikan tenaga berterusan sepanjang hari.
      • Jangan skip makan. Ia tidak akan membantu kita untuk kurus malah hanya akan membuat nafsu makan bergelora dan menyebabkan kita makan lebih banyak. Metabolisma badan juga akan menurun.
      • Pastikan kandungan kalori dalam makanan dan minuman seharian kita. Roti canai.. berapa kalori tu? 
      • Tips untuk kurus yang paling senang dan jimat ialah elakkan kalori daripada minuman. Gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air kosong sahaja kerana air tidak mengandungi apa-apa kalori.
      • Makan buah-buahan memang baik untuk kesihatan tetapi bagi mereka yang ingin kurus elakkan mengambil buah-buahan berlebihan kerana ia mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan. Buah-buahan citrus seperti buah oren / limau paling sesuai untuk diet tapi elakkan buah seperti pisang, betik atau durian
      • Apabila kita makan makanan dari sumber karbohidrat seperti nasi, roti, mee kentang, pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Jika tak kenyang tambah lauk saja.
      • Protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat. Jadi pastikan kita mengambil protin yang mencukupi iaitu 2 - 2.5g untuk setiap kg berat badan.
      • Jika ingin mengurangkan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha kita. Tak perlu bersenam hari-hari. 2 - 4 kali seminggu sudah mencukupi. Yang penting kualiti senaman.
      • Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain bola sepak dengan tujuan untuk membakar lemak, elakkan minuman seperti Milo atau 100 Plus.
      • Inginkan mengempiskan perut Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs diliputi dengan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
      • Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
      • Sauna dan steam room boleh membantu membakar kalori dan buang air.
      • Seks adalah contoh senaman yang banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.
      • Secara teori pembakar lemak adalah berkesan. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolisma badan melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi janganlah terlalu bergantung kepada suplemen untuk jangka masa panjang.
      • Untuk kurangkan 1 kg, kita perlu bakar atau buang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
      • Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan
      • Ambil suplemen multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan bertambah.

      Monday 24 October 2011

      LECITHIN untuk kurus

      Keinginan aku untuk kurus semakin berkobar-kobar sejak akhir2 ni. Sebelum pregnant aku memang nak kurus tapi aku tak penah amik tau pasal produk kuruskan badan sebab kegemukan aku tak seteruk mana pun. Sebenanya takde sape pun penah cakap aku gemuk dulu.huhu..! Masa pregnantkan Ipal berat aku 62kg. Naik 16kg dari berat asal!! Sekarang berat aku 52kg. Ramai yang tegur aku dah gemuk. Baju banyak yang dah tak muat. Aku cuma nak kurangkan 3kg - 5kg untuk kembali ke berat asal. Dulu aku memang tak pecaya ubat kurus badan. Bagi aku kalau nak kurus kena buat senaman tapi sekarang aku yakin ubat kurus badan dapat bantu aku lebih cepat untuk kurus.Jadi aku pun mula buat research. Pada mulanya aku cuma search di internet tentang produk kuruskan badan tanpa tulis spesifik jenama produk sebab aku pun masih tak tau lagi produk apa yang aku nak guna. Aku nak cari produk yang berkesan tapi yang paling penting ia SELAMAT dan kos nya mampu ditanggung oleh aku yang tak berapa banyak duit ni.

      Sebelum tu office mate aku adalah dealer Herbalife. Dia memang suruh aku beli produk ni dari dia. Aku rasa produk ni berkesan dan selamat sebab mak aku sendiri guna produk ni. Memang nampak mak aku lebih kurus dari dulu tapi produk terlalu mahal bagi aku. Itupun nak kena jadi ahli dulu baru dapat murah sikit. Full package untuk 1 bulan lebih kurang RM400++. Masih mahal lagi, mana la aku mampu =( .Jadi aku terpaksa reject. Maybe Herbalife ni produk import sebab tu harga dia agak mahal. Aku percaya ada lagi produk yang berkesan, selamat dan kos yang mampu ditanggung oleh aku. Jadi aku teruskan lagi misi pencarian.
      HERBALIFE full formula
      Kemudian aku dapati Lecithin dapat membantu seseorang untuk kurus. Apakah Lecithin dan fungsinya? Lecithin adalah 'pengemulsi semulajadi' kerana ia mempunyai kesan melekat dengan lemak. Ia menyebabkan lemak terapung dalam darah dan ini dapat mencegah lemakdari melekat ke dinding membrane. Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tapi ia sangat diperlukan oleh badan.


      So kat bawah ni adalah antara fungsi dan kelebihan Lecithin :-
      • Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yang lain. Sebab itulah ia dapat membantu mencegah penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yg mengeras. Sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika seseorang yang berhadapan dengan masalah kesihatan yg sebegini. 
      • Lecithin bertindak mengemulsikan lemak (maksudnya ia membantu memecahkan lemak). Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti dapat membantu anda mencapai berat badan yang diinginkan.
      • Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan .Tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mudah mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar, bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc. Semuanya boleh menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. Jadi dengan cara menambahkan pengambilan Lecithin adalah jalan yang terbaik.
      • Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati.
      • Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya fungsi saraf akan menjadi kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.
      • Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membaluti sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria.Disamping itu, struktur Lecithin itu sendiri dapat melindungi sel dari teroksida.
      • Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, di mana ia penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.
      • Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana iamenggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.
      • Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema.
      • Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi2 dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
      • Lecithin adalah zat untuk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat & berkilat, kulit yang lembut dan juga dalam mencegah eczema.
      • Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Ini kerana ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah gejala2 menopause.
      • Lecithin bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya adalah untuk mencairkan lemak dan pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dalam badan.
      Yang aku tau 2 jenama produk yang ada Lecithin adalah Shaklee dan Nutrillite.


       Sebiji Lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin
      Lepas search 2 produk ni aku rasa aku pilih Nutrillite kot sebab Shaklee ni jenis capsule. Aku memang susah sikit nak telan pil yang besar2 ni. Harga Lecithin Shaklee RM52.00 atau ada juga yang jual RM42.00 untuk 180 biji dan nak tambah RM10.00 untuk postage fee. Ia perlu diambil dalam 6 biji sehari (pengsan aku nak telan pil hari2) so 180 biji untuk kegunaan 1 bulan jela. .

      Nutrillite plak jenis pil yang boleh kunyah (chewable) Nutrillite ni ada tambah vitamin E skali. Lagipun kat Batu Pahat ada Amway Distributor yang dekat dengan rumah aku so tak perlu postage fee. Harga untuk 150 biji RM80.00 dan 270 biji plak RM130.00. Dicadangkan ambil 1-2 biji sehari so 1 bottle boleh guna dalam 3 bulan++. Lama tu, lebih jimat. Tapi aku tak dapat banyak info kat internet pasal Nutrillite Lecithin-E ni. Kena pegi outlet dia tanya lagi senang.

      Insyaallah jika Lecithin diambil secara konsisten, pasti akan nampak kesannya nanti. Tapi untuk membantu aku lebih cepat kurus aku perlu amalkan beberapa tips. Jom kita share.


      (8 November 2011 - Beberapa minggu lepas entry ni ditulis, aku belek2 bekas Meal Shake Herbalife officemate aku. Aku tengok kandungan product, ada LECITHIN la. So pandai2 korang la nak pilih product mana yang terbaik sebab aku dah guna product Herbalife skang. Hee..)

      Sunday 2 October 2011

      Ekzema dan Ipal yang high maintenance

      Seperti yang dijanjikan aku nak cite sikit pasal ekzema dan Ipal yang high maintenance. Sebelum tu biar aku terangkan serba sikit tentang ekzema.

      Apakah ekzema?
      Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik. Ekzema boleh terjadi pada semua peringkat usia tetapi paling umum terjadi pada bayi. Biasanya ekzema akan beransur pulih apabila umur mencapai usia belasan tahun. Tetapi ada juga yang mengalaminya seumur hidup! Ia tidak boleh pulih sepenuhnya tetapi boleh dikawal. Ekzema juga dikaitkan dengan penyakit keturunan iaitu mereka yang mempunya sejarah keluarga yang menghidap asma atau demam alergi kemungkinan akan mewariskan kepada anak mereka.

      Aku ada tanya doktor,
      "Doktor apakah punca yang menyebabkan anak saya ekzema?"

      Supaya senang untuk aku avoid benda-benda tu. Tapi doktor bagitau punca ekzema yang sebenarnya tidak dapat diketahui dengan tepat kerana setiap individu tak sama. Kemungkinan seseorang tu alah pada sabun, kosmetik, pakaian, bahan pencuci, barang kemas, persekitaran, alah terhadap sesuatu makanan, perubahan suhu atau stress.

      Oh patut la aku dah tukar mandian Ipal, dah pakai cream yang doktor bagi, dah tukar susu formula dia pun masih tak baik-baik. Ekzema tu macam on off je. Kejap ok sikit, kejap teruk. Tapi yang paling aku ingat doktor cakap ekzema ni sebenarnya sangat-sangat gatal tapi sebab Ipal masih baby tak pandai garu lagi jadi dia tak garu dan ekzema tu tak merebak. Kesian Ipal. :_( Tapi doktor kata ekzema Ipal tak teruk dan masih terkawal. Alhamdulilah..

      Doktor nasihat Ipal kena kerap pakai lotion emollient iaitu yang mengandungi kelembapan yang tinggi. Kulit dia mesti sentiasa lembab, tak boleh kering sebab kalau kulit kering ia akan jadi sangat gatal dan menyebabkan ekzema lebih teruk. Doktor juga bagi Ipal krim steroid yang rendah untuk baby. Sapu hanya bila kulit Ipal merah untuk tahan gatal. Tak boleh pakai selalu. Tapi skarang aku dah tak pakai krim steroid tu sebab dari apa yang aku baca terdapat kesan sampingan kalau guna steroid secara berlebihan terutama sekali untuk baby dan kanak-kanak kecil. Tapi krim steroid adalah selamat kalau digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tapi tak ada bukti yang penipisan ini akan berkekalan. So better aku elakkan lah kan.

      Seorang makcik kat kampung suruh aku pakai krim Econozine. Dia bagi aku tinggal lagi setengah je krim tu dalam tiub dia. Krim ni agak bagus. Kalau kulit Ipal merah, sapu kejap je dah hilang. Tapi bila krim tu dah habis aku pegi farmasi nak beli buat pertama kali. Aku cakap nak beli untuk baby, masa tu umur Ipal lebih kurang 6 bulan. Pharmacist tu kata krim Econozine tak sesuai untuk baby bawah umur 1 tahun atau 2 tahun aku tak ingat. Maybe bahan2 dalam krim tu tak sesuai untuk baby bawah 1 tahun atau 2 tahun kot, aku tak tanya lebih lanjut. Dia kata untuk baby pakai krim ni.
      Ipal pakai krim ni la. Hydrocortisone.
      So far Ipal pakai Hydrocortisone ni ok. Dulu setiap kali lepas mandi Ipal akan pakai krim ni tapi skarang kalau ada merah kat badan dia je baru pakai. Walaupun kesan Hydrocortisone tak secepat Econozine tapi selamat untuk umur Ipal sekarang Tapi aku tengok ramai ibu2 yang pakai krim Econozine untuk baby mereka yang bawah umur 1 atau 2 tahun. Siap boleh promote kat ibu2 lain suruh guna gak. Macam mak cik tu promote kat aku suruh Ipal guna. Maybe dorang tak tau kot. Terpulanglah.

      Sekarang Ipal 8 bulan. Sampai sekarang pun aku tak tau apa punca utama Ipal ekzema sebab ekzema dia tak pernah baik cuma kurang je. Mungkin sebab aku dan ayah Ipal pun memang ada allergic. Sekarang ekzema Ipal dah tak seteruk dulu. Kadang2 je kulit Ipal akan merah itupun kalau cuaca panas sangat2. Jadi bila kat rumah aku pakaikan Ipal singlet je atau tak yah pakai baju pakai pampers je.he..! Ipal seksi tau kat umah.
      Masa ni cuaca panas sangat2, jadi di rumah Ipal cuma dipakaikan pampers sahaja oleh emaknya. See muka Ipal yang ceria sebab tak panas lagi. heee..!
      Jadi disebabkan ekzema Ipal agak high maintenance. Dia tak boleh guna produk baby yang biasa macam Johnson Baby, Pureen atau Fiffy atau yang seangkatan dengannya. Untuk mandian, shampoo dan lotion Ipal guna jenama Sebamed. Lepas mandi Ipal perlu pakai lotion untuk meyekat kelembapan kulitnya daripada hilang. Kalau dulu setiap masa kulit Ipal perlu disapu lotion tapi sekarang Ipal cuma pakai lotion 2 kali sehari sahaja lepas mandi sebab ekzema dia terkawal. Sabun basuh baju Ipal aku pakai Kiddie Wash Cosway. Dia tak boleh pakai apa-apa saja produk yang ada pewangi / fragrance.

      "Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu melembapkan kulit adalah sangat2 penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti emollient yang banyak beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering."

      Itulah yang doktor tu pesan kat aku banyak kali. Pelembab / Moisturizer adalah paling penting bagi penghidap ekzema.

      Monday 19 September 2011

      Tired and dry eyes

      Semalam aku pegi klinik pakar mata.Appointment dah dibuat sejak seminggu lepas.
      Aku sampai tepat pukul 11.00 pagi.10 minit selepas tu aku dipanggil untuk pemeriksaan mata biasa.Yang kena duduk dalam jarak tertentu, pastu kena sebut huruf dan nombor yang besar dan kemudian menjadi semakin kecil.

      20 minit selepas tu nama aku dah kena dipanggil masuk ke bilik seorang doktor.Selepas doktor tanya apa masalah ?Tanpa melengahkan masa doktor aku ceritakan masalah yang dah berlaku since tahun 2008 lagi yang buat aku rasa sangat-sangat tak selesa dan menjadi bertambah teruk beberapa bulan kebelakangan ini.

      "Mata saya sangat kering,pedih,penat dan kadang kala kabur.Ketika memandu atau berbual dengan orang saya tak boleh fokus ke satu arah terlalu lama.Mata saya  terpaksa dikelipkan banyak kali dan setiap kali dikelipkan mata saya akan berasa pedih dan berair seperti ada selaput."

      Doktor periksa mata aku atas,bawah,kiri,kanan.Kejap dia suruh pandang atas, kejap bawah, kejap dia suruh aku pandang kat tepi telinga dia.Nampak dari cara doktor tu mata aku tak mempunyai masalah yang serius.Nurse yang buat pemeriksaan awal kat mata aku tu pun kata mata aku ok cuma mata kanan saja agak rabun.Ye tentang mata kanan aku memang ada rabun sikit.Seperti yang aku sangka mata doktor cakap mata aku ok tapi pemeriksaan mata seterusnya tetap dijalankan.
      "Ok sekarang kita nak bius mata awak".
      "Hah..mata nak kena bius??Aku menjerit dalam hati.Kedengaran sangat dasyat je mata nak kena bius.
      "Sakit tak?!" Aku tanya doktor tu dengan riak muka yang sangat gusar.
      "Taklah kita cuma titis kat mata je".
      Owh..Tapi aku still takut jugak manalah tau kalau rasanya macam air limau yang dititiskan kat luka.Huh!Akhirnya ubat bius tu berjaya jugak dititiskan kat mata aku.Aku rasa mata aku macam ada tembok!
      Kemudian satu cahaya warna biru macam laser semakin dekat ke mata aku.Adakah sebatang jarum akan dicucuk kedalam mata aku??!Aku rasa macam nak batalkan je pemeriksaan mata ni.Aku memang takut hal suntik2 dan cucuk2 ni.
      Doktor kata "Kita cuma nak touch mata awak je".
      Beberapa saat selepas tu "Mata awak ok,tak ada pressure".
      
      Macam ni la lebih kurang keadaannya masa pemeriksaan mata aku dijalankan. [gambar sekadar hiasan.he!]
      Setelah membayar bil RM80.00 aku pun dapat ubat ni.Artificial tears.

      Ni lah ubat yang doktor bagi aku.

       Jadi berakhirlah pemeriksaan mata aku harini.Jawapannya mata aku ok cuma mengalami kekeringan mata sahaja.Kekeringan mata tak menyakitkan tapi sangat mengganggu keselesaan dan kualiti hidup.Kekeringan mata juga tak boleh diubati.Apabila mata berasa kering, titiskan artificial tears sekerap mungkin.Kebanyakan sindrom mata kering berlaku pada orang yang lebih berumur tetapi sekarang ramai yang mengalaminya pada usia muda kerana penggunaan komputer yang kerap,aircond,penggunaan contact lens,gaya hidup tidak sihat dan pelbagai faktor lagilah.YA aku berada di depan komputer dan di dalam aircond lebih 8 jam sehari.Tapi apa nak buat dah kerja kan.

      Aku dah puas hati sebab aku dah bawa mata aku jumpa doktor pakar.Sekurang-kurangnya lepas ni aku tak rasa bersalah ke atas mata aku lagi.Apa guna duit setinggi gunung kalau sakit kan.
      HEALTH IS THE BEST WEALTH.